Wednesday, September 24, 2014

Jet Set Pelamin Untuk Disewa

As salam semua.

Kepada yang dah jenguk fb saya Diy Kahwin Bajet dan ternampak jet set ni, ye mmg saya dah open untuk sewaan. Dan kepada yang masih tak pasti apa fungsi jet set ni, meh den nak kobar an. Hehe

Jet set ni fungsinya untuk sangkut tirai/backdrop pelamin uolls. Biasanya mak2 kita kalau pasang tirai pelamin (untuk yang DIY) mesti akan paku batang cangkuk langsir tu kat dinding kan. Haa..jet set ni dah memudahkan sangat. Dah tak payah paku2 lagi..just pasang dan sambung batang2 besi jet set ni, dan sangkut je backdrop kat situ. Dah habis majlis boleh buka balik dan simpan (kalau sewa tu pulang la kan..jgn wat harta pulak hikhik!). Jet set ni mobile, boleh diangkut ke mana-mana. Senang kan?

Opps lupa pulak. Harga sewa RM80/set. Macam biasa security deposit mesti ada. RM80 jugak per set. Tempoh sewaan 1 minggu (Khamis-Rabu). Self collect di Cheras ye :)

Untuk sewaan boleh PM saya di fb Diy Kahwin Bajet atau WhatsApp saya di nombor 013-3737144.

Till then, wassalam..
XOXO :)




Monday, August 11, 2014

Mockup Cheque



As salam semua..

Kepada rakan-rakan yang bertanya pasal mock cheque ni, suka saya nak bgtahu yang saya dah open untuk 3 jenis cheque ~ Maybank, Public, & CIMB. In syaa Allah dari masa ke semasa akan ditambah. Harga? Masih sama RM50 termasuk frame dan postage.

Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh WhatsApp saya di talian 013-3737144, atau PM saya di FB Diy Kahwin Bajet. In syaa Allah saya akan reply secepat mungkin.

Opss sebelum terlupa, kalau dah contact saya nanti, ni antara details yang saya perlukan untuk draft cheque uolls:-

1. Nama pengantin perempuan
2. Nilai wang hantaran
3. Tarikh nikah

Optional :
1. Nama pengantin lelaki
2. Tempat

Bagitahu nak jenis cheque apa (Maybank, CIMB atau Public Bank). Warna frame boleh request, tp kena check availability ye. Biasanya yang byk stok warna Gold dan Silver. Putih memang sangat terhad. Dan nak restock mmg makan masa sikit. So sy cadangkan gold dan silver untuk uolls okay :)






Saturday, August 9, 2014

Sewa Barang Pelamin DIY

Di sini saya senaraikan item-item untuk disewa (boleh view details pada gambar).

In syaa Allah semua item ini akan ditambah dari masa ke semasa. Kalau ada yang berminat, boleh pm saya di FB Diy Kahwin Bajet. Atau WhatsApp no 013-3737144.









Jom sewa jom!

Spotlight Untuk Disewa



As salam dan selamat malam darling gojes semua..

Ok malam ni nak cite pasal sewaan lampu spotlight pulak. Tak nak story byk la kan..lampu spotlight je pun..hehehe

Lampu ni ada 2pcs yang available..dan saya prefer org sewa sekali sepasang ni. Ye la mcm pelik pulak kalau nak sewa 1pc je..mmg biasa org letak lampu kat pelamin sepasang kan..

Harga sewa murah je dik. RM10/pc..means sepasang RM20 je. Security deposit pun RM20. Macam biasa kalau return dalam keadaan elok, kita pulangkan balik full deposit. Tapi walaupun murah, diharap sgt para kastemer tolong jaga barang ni mcm barang uolls sendiri. Please k...

Kalau ada yg berminat nak tempah, boleh la pm saya kat FB Diy Kahwin Bajet. Atau boleh jgk WhatsApp kat no 013-3737144. Kita diskas2 k.. :)

Ok..stop now..till then.

Wassalam..

Veil Juntaian Kasih

As salam semua..

Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan tersayang. Masih ada yg sedang menghabiskan puasa 6 kan. Alhamdulillah..so raya 2 kali la gamaknya bulan ni hikhik..

Kalau tgk tajuk macam poyo kan. Nama veil sampai juntaian kasih bagai..ekceli juntaian kasih tu saya bg nama kat surat jemputan majlis hari raya di ofis..mcm best pulak. Macam jemputan VVIP gitew. So nak bagi nama veil ni juntaian kasih gak. Tak kira hehe..

Jom view picca veil ni. Mana tau uolls boleh dapat idea utk DIY veil tunang/nikah/sanding. Simple but nice. And kpd sesiapa yg nak minta tlg sy ajarkan cara jahit veil ni, boleh PM je kat Diy Kahwin Bajet. Atau email sy aie_5zi@yahoo.com. In syaa Allah saya balas secepatnya k :)





Status : SOLD



Friday, May 30, 2014

Karpet Bulu Putih Untuk Disewa

As salam semua..

Hari ni dah Jumaat.
Cepat sungguh masa berlalu. tapi Jumaat la hari yang paling happy ye tak?
Esok dah Sabtu. Cuti yeayyyyy!!
Esok pagi nak gerak balik kampung. Rindunya kat parents.
Uolls kalau masih ada parents or saudara mara, cepat2 la balik kampung ye.
Tinggal je semua urusan kerja ni. Balik charge sampai FULL okay hikhik!

Ok2 back to the topic.
Kita dah tambah produk baru tau.
Kali ni kita bukak sewa untuk karpet bulu ni pulak.
Putih suci tau. Memang best dan cantik sangat kalau buat alas pelamin uolls.
Boleh je dipelbagaikan..nak buat alas hantaran, nak buat karpet utk bilik..mcm2 lg kan.

Karpet bulu ni ukuran dia panjang 3 meter uolls. Setakat pelamin lebar sket tu memang muat sgt.
Mini pelamin apakan lagi kan. Lebar lebih kurang 1.8 meter.
Dah! cecepat gi ukur tapak pelamin uolls. pastu wasap or pm saya ye hikhikhik..

Oppss lupa nak kasi tau harga.
Harga sewa cuma RM40/3meter sahaja.
Security deposit RM40 jugak. Macam biasa kalau uolls pulangkan dalam keadaan sihat walafiat, kita return balik full deposit tu. Kalau kondisinya ~~~boleh la~~~ je, nnt kita kautim ye.
Dan saya prefer COD. Pickup point di Cheras, Serdang, Putrajaya dan Bukit Jalil. Jauh2 sgt tu minta maaf la ye..

Kalau nak sewa, boleh pm sy kat FB Diy Kahwin Bajet atau WhatsApp no. 013-3737144.

Till then. Adios amigos darlings... :)





Haaa hambek!! Sekali gambau besau la...hukhukhuk





Friday, May 9, 2014

Aksesori Pengantin Untuk Disewa (Crown, Rantai & Earrings) - Lagi~~~~

Salam uollsss...

Eh, tajuk macam penah ada kan. Hikhikhik. Apa pulak beza dengan yang INI?
Actually sama je..still masih aksesori yang sama. Still ada dua set. Takde yang beza pun.
Tapiiiiiii.....eh ada beza la...saya dah ada kepala patung!! Huhuhu sukanya...
Boleh la lepas ni nak display apa2..tak yah la guna model orang perseorangan yang makin lama makin mengembang menguncup ni kan.

Beli kat mana? Harus la GM Klang uollss. Setiap kali pergi (read : setiap bulan pergi huhu) mesti dok usha je kepala patung ni. Takmo dari jarak jauh. Tak feel kengkononnye. Usha mesti dari jarak dekat. Tenung-tenung, belek-belek, pegang-pegang..letak. Sampai berbulu bulu mata incik asben dibuatnya ahaks. Agaknya dah sampai limit la kan, last time pergi incik asben cakap "beli je la kepala patung tu syg. Kang datang lagi tengok lagi, datang lagi belek lagi. Bila nak abis camtu" huhuhu bg izin ikhlas ke tak tu agaknya. Alah anggap cam ikhlas je la kan. Terus tak tanya lagi. Terus ambik satu. Eh bulu mata awek tu senget sebelah la. Amik satu lagi. Eh pipi dia ada hitam sket kena eyeshadow agaknya. DEMAND PULAKKK!! Hahaha. Ada la 5,6 kali gak la tukar2 patung. Sabau je la pekerja kat situ layan ahkak! Last2 dpt jgk. Legaa...senyum2 je la pandang incik asben yang matanya tajam macam nak makan org. Hahaha!

Eh jom la layan gambar awek ni. Saya bg nama HAWA. Kerlassss!!



Macam biasa kalau ada yang nak sewa set aksesori pengantin ni, boleh la klik kat link kat atas nu. Kat situ ada harga n cara nak sewa. 

Okay sampai jumpa lagi korang..bye..
Wassalam.

Friday, May 2, 2014

Aksesori Pengantin Untuk Disewa (Crown, Rantai & Earrings)

As salam semua..

Lama tak jengah blog. Memang bersawang habis dah. Maaf ye kepada kwn2 yang menunggu2 post dari saya (bluweekkkk!!). Ada ke ntah peminat setia blog ni. Hehe. Kepada kawan2 yang email saya bertanyakan hal2 DIY, in syaa Allah saya balas. Lambat mcmana pun saya tetap balas. :)

Berbalik kepada tajuk.

Ye, saya ada buka sewaan untuk aksesori pengantin. Setiap set ada crown (tiara), rantai dan anting-anting. Harga pun berpatutan. Kalau manage majlis tunang/nikah/sanding sendiri tanpa khidmat mak andam 100%, jemputlah sewa aksesori ni ye.

Ada 2 set yg saya nak sewakan. Set A dan set B. Harga pun ada sekali saya sertakan pada gambar.
Saya ada iklankan aksesori ni kat page saya..wahh!! Ada page ko! haha.. kat page ada, kat personal kedai online pun ada (boleh bg nama gitew ahaks!) Link saya bagi kat bawah.

Facebook page : Azira Impian Andaman
Kedai Online : Diy Kahwin Bajet

Jemput Like dan add friend ye. Kat situ ada mcm2 lg yang boleh u all tgk. Kot2 la boleh dapat sikit inspirasi untuk DIY majlis sendiri kan. Selagi boleh jimat kita jimat k..

Ni aksesori pengantin nye.

SET A

SET B
Kalau ada yang berminat nak sewa, boleh direct PM saya kat FB. Atau boleh email saya aie_5zi@yahoo.com.

Thats all darls.. eh semalam 1 Mei hari pekerja. Selamat hari pekerja kwn2.. :)

Monday, March 3, 2014

Bantal Nikah Untuk Disewa (Bantal Duduk, Kipas Dan Bantal Tangan)



Salam semua..

Wah lama betul tak jenguk rumah kan..
Memang dah bersawang sangat dah ni..
Alih2 jenguk rumah bawak barang baru lagi hehehe.

Apa dia?
Owh saya nak buka sewaan untuk Set Bantal Inai.

Apa dia set bantal inai ni?
Dalam set ni ada 2 bantal duduk, 2 bantal tangan dan 2 kipas pengantin.
So pada sape2 adik2 yang nak DIY sendiri pelamin uolls, tapi pening nak dapatkan barang a.k.a rencah2 ni boleh je sewa dari akak..harga?? Wahh ni nak bgtau harga kaseh sayang ni hehe..jeng jeng jeng

Okay..untuk tiga2 item ni akak bukak sewa RM50.00 sahaja. Nama pun harga kasih sayang kan. Akak kira sap sap sui je dik. Janji dapat tolong adik-adik dan ringankan sket beban kewangan korang kan. Sewaan ni akak buka especially untuk orang KL/Sel dan kawasan sekitar. Sebab bantal ni ada kat KL. Kalau sedara mara duk Melaka pun boleh jugak, tapi kena check avalability dulu. Kalau free boleh je akak bawak balik kampung (kampung akak kat Umbai, Melaka hehehe).

Okay kat bawah ni akak rumuskan sket ye.

Harga Sewa 1 set - RM50
Deposit - RM50 (akan dipulangkan sekiranya barang dipulangkan sempurna)
Tempoh - 1 minggu (Rabu-Selasa)
Kawasan - KL/Selangor/Melaka/kawasan sekitar
Contact - Azira (Call/WhatsApp/SMS) 013-3737144

Thanks a lot darlings.. muaahhhh!!