Friday, May 30, 2014

Karpet Bulu Putih Untuk Disewa

As salam semua..

Hari ni dah Jumaat.
Cepat sungguh masa berlalu. tapi Jumaat la hari yang paling happy ye tak?
Esok dah Sabtu. Cuti yeayyyyy!!
Esok pagi nak gerak balik kampung. Rindunya kat parents.
Uolls kalau masih ada parents or saudara mara, cepat2 la balik kampung ye.
Tinggal je semua urusan kerja ni. Balik charge sampai FULL okay hikhik!

Ok2 back to the topic.
Kita dah tambah produk baru tau.
Kali ni kita bukak sewa untuk karpet bulu ni pulak.
Putih suci tau. Memang best dan cantik sangat kalau buat alas pelamin uolls.
Boleh je dipelbagaikan..nak buat alas hantaran, nak buat karpet utk bilik..mcm2 lg kan.

Karpet bulu ni ukuran dia panjang 3 meter uolls. Setakat pelamin lebar sket tu memang muat sgt.
Mini pelamin apakan lagi kan. Lebar lebih kurang 1.8 meter.
Dah! cecepat gi ukur tapak pelamin uolls. pastu wasap or pm saya ye hikhikhik..

Oppss lupa nak kasi tau harga.
Harga sewa cuma RM40/3meter sahaja.
Security deposit RM40 jugak. Macam biasa kalau uolls pulangkan dalam keadaan sihat walafiat, kita return balik full deposit tu. Kalau kondisinya ~~~boleh la~~~ je, nnt kita kautim ye.
Dan saya prefer COD. Pickup point di Cheras, Serdang, Putrajaya dan Bukit Jalil. Jauh2 sgt tu minta maaf la ye..

Kalau nak sewa, boleh pm sy kat FB Diy Kahwin Bajet atau WhatsApp no. 013-3737144.

Till then. Adios amigos darlings... :)





Haaa hambek!! Sekali gambau besau la...hukhukhuk





Friday, May 9, 2014

Aksesori Pengantin Untuk Disewa (Crown, Rantai & Earrings) - Lagi~~~~

Salam uollsss...

Eh, tajuk macam penah ada kan. Hikhikhik. Apa pulak beza dengan yang INI?
Actually sama je..still masih aksesori yang sama. Still ada dua set. Takde yang beza pun.
Tapiiiiiii.....eh ada beza la...saya dah ada kepala patung!! Huhuhu sukanya...
Boleh la lepas ni nak display apa2..tak yah la guna model orang perseorangan yang makin lama makin mengembang menguncup ni kan.

Beli kat mana? Harus la GM Klang uollss. Setiap kali pergi (read : setiap bulan pergi huhu) mesti dok usha je kepala patung ni. Takmo dari jarak jauh. Tak feel kengkononnye. Usha mesti dari jarak dekat. Tenung-tenung, belek-belek, pegang-pegang..letak. Sampai berbulu bulu mata incik asben dibuatnya ahaks. Agaknya dah sampai limit la kan, last time pergi incik asben cakap "beli je la kepala patung tu syg. Kang datang lagi tengok lagi, datang lagi belek lagi. Bila nak abis camtu" huhuhu bg izin ikhlas ke tak tu agaknya. Alah anggap cam ikhlas je la kan. Terus tak tanya lagi. Terus ambik satu. Eh bulu mata awek tu senget sebelah la. Amik satu lagi. Eh pipi dia ada hitam sket kena eyeshadow agaknya. DEMAND PULAKKK!! Hahaha. Ada la 5,6 kali gak la tukar2 patung. Sabau je la pekerja kat situ layan ahkak! Last2 dpt jgk. Legaa...senyum2 je la pandang incik asben yang matanya tajam macam nak makan org. Hahaha!

Eh jom la layan gambar awek ni. Saya bg nama HAWA. Kerlassss!!



Macam biasa kalau ada yang nak sewa set aksesori pengantin ni, boleh la klik kat link kat atas nu. Kat situ ada harga n cara nak sewa. 

Okay sampai jumpa lagi korang..bye..
Wassalam.

Friday, May 2, 2014

Aksesori Pengantin Untuk Disewa (Crown, Rantai & Earrings)

As salam semua..

Lama tak jengah blog. Memang bersawang habis dah. Maaf ye kepada kwn2 yang menunggu2 post dari saya (bluweekkkk!!). Ada ke ntah peminat setia blog ni. Hehe. Kepada kawan2 yang email saya bertanyakan hal2 DIY, in syaa Allah saya balas. Lambat mcmana pun saya tetap balas. :)

Berbalik kepada tajuk.

Ye, saya ada buka sewaan untuk aksesori pengantin. Setiap set ada crown (tiara), rantai dan anting-anting. Harga pun berpatutan. Kalau manage majlis tunang/nikah/sanding sendiri tanpa khidmat mak andam 100%, jemputlah sewa aksesori ni ye.

Ada 2 set yg saya nak sewakan. Set A dan set B. Harga pun ada sekali saya sertakan pada gambar.
Saya ada iklankan aksesori ni kat page saya..wahh!! Ada page ko! haha.. kat page ada, kat personal kedai online pun ada (boleh bg nama gitew ahaks!) Link saya bagi kat bawah.

Facebook page : Azira Impian Andaman
Kedai Online : Diy Kahwin Bajet

Jemput Like dan add friend ye. Kat situ ada mcm2 lg yang boleh u all tgk. Kot2 la boleh dapat sikit inspirasi untuk DIY majlis sendiri kan. Selagi boleh jimat kita jimat k..

Ni aksesori pengantin nye.

SET A

SET B
Kalau ada yang berminat nak sewa, boleh direct PM saya kat FB. Atau boleh email saya aie_5zi@yahoo.com.

Thats all darls.. eh semalam 1 Mei hari pekerja. Selamat hari pekerja kwn2.. :)