Thursday, May 18, 2017

Selamat Hari Guru 2017, Cikgu-Cikgu Adam! :)

Assalamualaikum..

Lama dah tak mencoret kat sini..sibuk + tak berapa nak rajin.
Sebabnya sejak-sejak beranak 2 ni jangan kata nak bukak laptop, nak tido pun kadang tak lena.
Takpe2..mulai hari ni hakak akan mula rajin2kan diri untuk menaip..kalau tak banyak pun, dapat sikit pun jadi lah kan..in syaa Allah..

Ekceli Adam dah sekolah tadika..dah besar panjang dah anak teruna ku itu.
Akak masukkan dia sekolah Tadika Al-Fath, Taman Cheras Utama.
Memang dekat sangat dengan rumah.

Dua hari lepas kan hari guru, 16 Mei 2017.
Sambutan hari guru yang pertama untuk Adam.
So untuk memahamkan dia tentang hari guru, ibu pun buat la persiapan hadiah untuk cikgu2 Adam..ibu cakap yang ni nanti Adam bagi cikgu ye..hadiah untuk cikgu..
Banyak kali jugak Adam tanya ibu buat apa tu..ibu cakap nak buat hadiah untuk cikgu..
Dia pun "oooooo..."
"Nanti sampai sekolah bagi cikgu tau..pastu cakap Selamat Hari Guru, Cikgu..."
"Ok bu.." hehehe ntah dia paham ntah tak..

Akak buat hadiah simple je..
Shawl + pen merah + fridge magnet + keychain.

Untuk 6 orang cikgu yang kesemuanya wanita.
Kebanyakannya ibu diy sendiri je mcm fridge magnet ngan keychain tu.


Untuk 6 orang cikgu, paper bag beli kat Mr. Diy..dlm RM2.00 sekeping

Pen merah beli kat Aeon big..harga dlm RM3.00 utk 2 batang

Shawl tu ibu beli yang kosong, pastu ibu ironkan bunga kertas yang viral sebelum ni (iron on paper flower) dan ironkan manik bling2..
Paper flower ngan manik tu memang ada dlm simpanan ibu..so just tampal je..

Gigih jugak la nak iron transfer paper ni..tapi Alhamdulillah cantik jugak untuk bagi hadiah..

Keychain ni diy je..print gambar menarik dari google, pastu laminate, tebuk dan letakkan tali keychain tu..mudah kan?


Fridge magnet ni pun ibu diy...print gambar dari google, laminate dan tampalkan magnet sheet kat belakang dia.
Magnet sheet ni beli lamaaaaa dulu..kat Daiso kalau tak silap..masa harganya masih RM4.99 utk 1 barang (zaman sebelum ada GST la tu hehe)..boleh gunting2 dan ada pelekat untuk 1 side..

Yang ni 2 in 1..jadi fridge magnet pun boleh, cikgu nak buat penanda buku pun boleyyyy...




 Ibu wrap mcm ni je..ikat reben..since dah ada paper bag yang cute ni..









Hasilnya, tadaaaaaaaa.........




Selamat Hari Guru, Cikgu...
Terima kasih yang tak terhingga kerana telah mendidik anak saya dan anak-anak yang lain dalam mengenal dunia, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik cikgu-cikgu semua...