Friday, May 30, 2014

Karpet Bulu Putih Untuk Disewa

As salam semua..

Hari ni dah Jumaat.
Cepat sungguh masa berlalu. tapi Jumaat la hari yang paling happy ye tak?
Esok dah Sabtu. Cuti yeayyyyy!!
Esok pagi nak gerak balik kampung. Rindunya kat parents.
Uolls kalau masih ada parents or saudara mara, cepat2 la balik kampung ye.
Tinggal je semua urusan kerja ni. Balik charge sampai FULL okay hikhik!

Ok2 back to the topic.
Kita dah tambah produk baru tau.
Kali ni kita bukak sewa untuk karpet bulu ni pulak.
Putih suci tau. Memang best dan cantik sangat kalau buat alas pelamin uolls.
Boleh je dipelbagaikan..nak buat alas hantaran, nak buat karpet utk bilik..mcm2 lg kan.

Karpet bulu ni ukuran dia panjang 3 meter uolls. Setakat pelamin lebar sket tu memang muat sgt.
Mini pelamin apakan lagi kan. Lebar lebih kurang 1.8 meter.
Dah! cecepat gi ukur tapak pelamin uolls. pastu wasap or pm saya ye hikhikhik..

Oppss lupa nak kasi tau harga.
Harga sewa cuma RM40/3meter sahaja.
Security deposit RM40 jugak. Macam biasa kalau uolls pulangkan dalam keadaan sihat walafiat, kita return balik full deposit tu. Kalau kondisinya ~~~boleh la~~~ je, nnt kita kautim ye.
Dan saya prefer COD. Pickup point di Cheras, Serdang, Putrajaya dan Bukit Jalil. Jauh2 sgt tu minta maaf la ye..

Kalau nak sewa, boleh pm sy kat FB Diy Kahwin Bajet atau WhatsApp no. 013-3737144.

Till then. Adios amigos darlings... :)





Haaa hambek!! Sekali gambau besau la...hukhukhuk





Friday, May 9, 2014

Aksesori Pengantin Untuk Disewa (Crown, Rantai & Earrings) - Lagi~~~~

Salam uollsss...

Eh, tajuk macam penah ada kan. Hikhikhik. Apa pulak beza dengan yang INI?
Actually sama je..still masih aksesori yang sama. Still ada dua set. Takde yang beza pun.
Tapiiiiiii.....eh ada beza la...saya dah ada kepala patung!! Huhuhu sukanya...
Boleh la lepas ni nak display apa2..tak yah la guna model orang perseorangan yang makin lama makin mengembang menguncup ni kan.

Beli kat mana? Harus la GM Klang uollss. Setiap kali pergi (read : setiap bulan pergi huhu) mesti dok usha je kepala patung ni. Takmo dari jarak jauh. Tak feel kengkononnye. Usha mesti dari jarak dekat. Tenung-tenung, belek-belek, pegang-pegang..letak. Sampai berbulu bulu mata incik asben dibuatnya ahaks. Agaknya dah sampai limit la kan, last time pergi incik asben cakap "beli je la kepala patung tu syg. Kang datang lagi tengok lagi, datang lagi belek lagi. Bila nak abis camtu" huhuhu bg izin ikhlas ke tak tu agaknya. Alah anggap cam ikhlas je la kan. Terus tak tanya lagi. Terus ambik satu. Eh bulu mata awek tu senget sebelah la. Amik satu lagi. Eh pipi dia ada hitam sket kena eyeshadow agaknya. DEMAND PULAKKK!! Hahaha. Ada la 5,6 kali gak la tukar2 patung. Sabau je la pekerja kat situ layan ahkak! Last2 dpt jgk. Legaa...senyum2 je la pandang incik asben yang matanya tajam macam nak makan org. Hahaha!

Eh jom la layan gambar awek ni. Saya bg nama HAWA. Kerlassss!!



Macam biasa kalau ada yang nak sewa set aksesori pengantin ni, boleh la klik kat link kat atas nu. Kat situ ada harga n cara nak sewa. 

Okay sampai jumpa lagi korang..bye..
Wassalam.

Friday, May 2, 2014

Aksesori Pengantin Untuk Disewa (Crown, Rantai & Earrings)

As salam semua..

Lama tak jengah blog. Memang bersawang habis dah. Maaf ye kepada kwn2 yang menunggu2 post dari saya (bluweekkkk!!). Ada ke ntah peminat setia blog ni. Hehe. Kepada kawan2 yang email saya bertanyakan hal2 DIY, in syaa Allah saya balas. Lambat mcmana pun saya tetap balas. :)

Berbalik kepada tajuk.

Ye, saya ada buka sewaan untuk aksesori pengantin. Setiap set ada crown (tiara), rantai dan anting-anting. Harga pun berpatutan. Kalau manage majlis tunang/nikah/sanding sendiri tanpa khidmat mak andam 100%, jemputlah sewa aksesori ni ye.

Ada 2 set yg saya nak sewakan. Set A dan set B. Harga pun ada sekali saya sertakan pada gambar.
Saya ada iklankan aksesori ni kat page saya..wahh!! Ada page ko! haha.. kat page ada, kat personal kedai online pun ada (boleh bg nama gitew ahaks!) Link saya bagi kat bawah.

Facebook page : Azira Impian Andaman
Kedai Online : Diy Kahwin Bajet

Jemput Like dan add friend ye. Kat situ ada mcm2 lg yang boleh u all tgk. Kot2 la boleh dapat sikit inspirasi untuk DIY majlis sendiri kan. Selagi boleh jimat kita jimat k..

Ni aksesori pengantin nye.

SET A

SET B
Kalau ada yang berminat nak sewa, boleh direct PM saya kat FB. Atau boleh email saya aie_5zi@yahoo.com.

Thats all darls.. eh semalam 1 Mei hari pekerja. Selamat hari pekerja kwn2.. :)

Monday, March 3, 2014

Bantal Nikah Untuk Disewa (Bantal Duduk, Kipas Dan Bantal Tangan)



Salam semua..

Wah lama betul tak jenguk rumah kan..
Memang dah bersawang sangat dah ni..
Alih2 jenguk rumah bawak barang baru lagi hehehe.

Apa dia?
Owh saya nak buka sewaan untuk Set Bantal Inai.

Apa dia set bantal inai ni?
Dalam set ni ada 2 bantal duduk, 2 bantal tangan dan 2 kipas pengantin.
So pada sape2 adik2 yang nak DIY sendiri pelamin uolls, tapi pening nak dapatkan barang a.k.a rencah2 ni boleh je sewa dari akak..harga?? Wahh ni nak bgtau harga kaseh sayang ni hehe..jeng jeng jeng

Okay..untuk tiga2 item ni akak bukak sewa RM50.00 sahaja. Nama pun harga kasih sayang kan. Akak kira sap sap sui je dik. Janji dapat tolong adik-adik dan ringankan sket beban kewangan korang kan. Sewaan ni akak buka especially untuk orang KL/Sel dan kawasan sekitar. Sebab bantal ni ada kat KL. Kalau sedara mara duk Melaka pun boleh jugak, tapi kena check avalability dulu. Kalau free boleh je akak bawak balik kampung (kampung akak kat Umbai, Melaka hehehe).

Okay kat bawah ni akak rumuskan sket ye.

Harga Sewa 1 set - RM50
Deposit - RM50 (akan dipulangkan sekiranya barang dipulangkan sempurna)
Tempoh - 1 minggu (Rabu-Selasa)
Kawasan - KL/Selangor/Melaka/kawasan sekitar
Contact - Azira (Call/WhatsApp/SMS) 013-3737144

Thanks a lot darlings.. muaahhhh!!

Friday, August 30, 2013

Selamat 10 bulan usiamu sayang...

Assalamualaikum...

anakku Adam Ziqri...

entry kali ni ibu dedicate khas untuk anak ibu sorg ni...
29/08/2013 semalam jam 10.15 pagi, genap 10 bulan Adam jejakkan kaki yg comel tu ke dunia ni...
maaf ibu terlambat wish, ibu tersgt sibuk dgn hal2 ofis...bukan bermakna ibu terlupa..bukan bukan...
dari seminggu yg lepas hari2 ibu dan abah dok ckp pasal tarikh semalam...
hari2 kami sembang pasal perkembangan adam...
sgt memberansangkan walaupun seminggu dua ni waktu yg sgt crucial untuk adam...

kalau adam bleh flashback, dari raya hari tu, adam on off demam...baik 2-3 hari, demam balik..lepas demam adam cirit birit plak...seriously sangat sedih ibu tgk adam...makan xnak, menyusu kurang, bila malam adam merengek...mungkin punggung adam pedih.dah tu 2,3 pagi cirit-birit, dalam tak sanggup tu terpaksa jugak ibu cuci...
ibu tau adam sejuk sgt kena air pagi2...n punggung adam melecet...tapi ibu terpaksa buat, takut nnt melarat kena jangkitan kuman plak..lagi la ibu risau...

lepas 2 hari cirit-birit,dalam masa sama demam adam dtg balik..
sgt sedih rasa hati ibu ni tengok adam tak larat even nak bangun pun mcm x berdaya...
no choice, bawak jugak lagi gi klinik..
kali ni doktor bagi ubat demam bullet,doktor ajar ibu untuk cucuk ke punggung adam...
dapat jugak krim zinc..doktor suruh sapu ke punggung, biar kuman x melekat pada adam...
ibu sanggup buat apa saja utk pastikan adam sihat...
5 hari jugak adam cirit-birit..then baik..alhamdulillah..

but then esok harinye, adam kena ruam campak plak...belakang abah ibu nangis, ibu sgt takut tgk adam merah2 satu badan...but luckily adam x demam dah...kuat betul anak ibu ni kan...
mesti adam xnak ibu risau kan...2nd day ruam lagi teruk...mmg kena bg minum air kelapa...
ibu sapu2 bedak gatal kat badan adam...tp adam mmg anak yg baik...adam x meragam...
kalau meragam waktu malam pun ibu faham...adam sakit...
but after few days, terus hilang ruam2 tu semua...syukur alhamdulillah...
ibu tgk adam sgt happy skrg ni...dah bleh ketawa mcm selalu...bgun pukul 2,3 pagi pun siap nyanyi2 atas perut ibu...hehehe (ibu tau la itu suara adam, bukan suara lain)huhu

but anak ibu ni pun manja, bila ibu dh banyak ari bekepit ngan adam, pagi2 dah xnak gi umah umi...
pagi2 bila nak bg umi dukung adam mesti nangis...dari ari isnin lagi...pagi tadi memula x nangis,tp tetibe ibu dgr suara manja adam hek hek hek..last2 nangis jugak...hehehe comel betul...
tp umi ckp adam nangis sekejap je...ibu jalan je adam terus diam...pandai ye nak trick ibu..
xnak bg ibu gi work la tu...hehehe

tp ibu kena work jugak syg,walaupun sakit selesema,sakit tekak skrg ni, keje ibu byk kat ofis...
kalau ibu x gi work, sape nak siapkan work ibu tu kan...
then skrg ni ibu dh join bisnes kecil2an...nak cari income lebih nak tolong abah...
nak simpan duit sket2 utk sekolah adam...
ada rezeki lebih sket boleh ibu belikan mainan untuk adam...
adam doakan ibu berjaya ye...semoga impian kita tercapai...in syaa Allah...

dan ibu nak mintak tlg adam doakan semoga susu ibu untuk adam sentiasa dimurahkan Allah...
semoga dapat ibu susukan adam sehingga 2 tahun...
dan jugak ibu nak adam tahu yg ibu halalkan susu ibu yg masuk ke badan adam...
ibu halalkan dunia dan akhirat...
be a good boy ok sayang!!!

IBU & ABAH LOVE YOU ADAM ZIQRI...























Thursday, June 13, 2013

Bantal Tangan Pengantin Untuk Disewa

Salam...

saya ingin sewakan bantal tangan pengantin yang saya DIY masa majlis kahwin saya dulu...
daripada tersimpan, lebih elok saya sewakan untuk kegunaan B2B yang lain...
terbuka kepada semua b2b especially dari Melaka kerana bantal tangan ni duk kat umah mak...
so senang sket nak hantar kan...

warna bantal ni light purple...
sgt comel bila berjuntai manik2 di sekelilingnya...
harga tak mahal...
RM15.00 untuk satu...so sepasang RM30.00

pasal penghantaran semua nanti kita bincang ek...
tgk keselesaan dan persetujuan kedua belah pihak...

untuk menyewa sila hubungi saya azira di talian :

call/sms : 013-3737144
email : aie_5zi@yahoo.com

actually kalau ada yang request untuk saya buatkan 1 yang baru, insyaallah saya boleh tolong...
warna boleh diubah mengikut tema majlis anda...

thanks....





Review Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Adam & Birthday A'bid

Assalamualaikum....

dah agak terlambat untuk review majlis aqiqah & birthday 2 orang baby boy saya Adam Ziqri & A'bid Ahmad Thaqeef...

majlis ni berlangsung pada 30 mac 2013...
untuk A'bid, sambut birthday yang ke 1 tahun...sooo sweeeeeeetttt...
untuk Adam, majlis aqiqah dan cukur jambul...masa ni Adam Ziqri 5 bulan usianya...

saya buatkan post ni untuk kenang-kenangan...
satu hari kot2 la baby 2 orang ni baca...
A'bid adalah anak buah saya...anak adik yang kahwin beberapa bulan sebelum saya tu...

jom tgk gambar sekitar majlis...

















 

alamak...baru perasan gambar birthday boy xde....nak kena mintak kat mak dia ni...
kang majuk plak tgk gambar anak teruna dia takde...hikhik

untill then...wasalam..

p/s : geram tgk gambar yang last skali...mesti tgh geram sebab orang duk kerat rambut comel dia...hehehe




Wednesday, May 29, 2013

Selamat 7 Bulan Usiamu Sayang...

Assalamualaikum...

mood ibu hari ni happy sgt...anak ibu Adam Ziqri dah 7 bulan...
sgt ceria, keletah walaupun setiap yang Adam tuturkan ibu tak faham...hehehe
Adam masih berguling-guling, belum boleh merangkak lagi...
tapi insyaallah sooner or later...sampai masa anak ibu ni mesti cuba untuk merangkak ye...

abah cakap kaki Adam macam ada spring...toing..toing...hehehe
cekap betul melompat..ibu gelak2 je tgk Adam...
kalau tak melompat pun, time baring melentik-lentik Adam jd ikan duyung...
paling ibu suka tgk kalau Adam jadi ikan duyung dalam buaian...bukan main meliuk lentok lagi Adam...
dalam ibu geram2 pun terhibur jadinya tgk telatah anak ibu ni....

ni Adam masa 6 bulan....





ni fresh pagi tadi... Adam 7 bulan...






ibu doakan Adam sihat selalu...jadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat...amin....



Friday, April 12, 2013

ADAM ZIQRI ~ A GIFT FROM ALLAH

Salam semua....

firstly, saya nak ucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya...
walaupun seringkali saya terleka dengan keindahan dunia...
sering juga terlupa untuk mengingati-Nya...
namun kasih sayang-Nya tak pernah berkurang...
rezeki-Nya tak pernah terputus untuk saya...
semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya dan kita semua...
Amin....

now...saya perkenalkan baby saya....
Adam Ziqri bin Abdul Mutalib...

Day-1



1 Month Old




2 Month Old



3 Month Old






4 Month Old



 



5 Month Old





Syukran Ya-ALLAH....
Semoga abah & ibu dapat menjaga amanah-Mu sebaik-baiknya....